Penggunaan Kad Kredit Yang Bijaksana

Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.

Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.

  1. Guna cc dan bayar penuh dalam masa 2 minggu. Misalnya kita swipe RM5000 dan dalam masa 14 hari kita boleh bayar penuh dan tidak dikenakan interest. Saya amalkan ini semasa swipe RM4700 untuk modal sebuah bisnes online dan pulangan semula dalam masa 2 minggu bole settle. Manfaatnya kita dapat run business sambil dpt untung dan tidak dikenakan interest berbanding buat personal loan yang banyak interest.

  2. Jangan bayar minimum setiap bulan bagi penggunaan kad kredit anda. Suze Orman menjelaskan kalo bayar minimum setiap bulan bagi penggunaan kad kredit $1000usd maka ia akan mengambil masa 16 tahun untuk langsai hutang tersebut. So jangan sesekali amalkan pembayaran minimum, elakkan diri anda dipermainkan oleh pihak creditors. Elok bayar lebih dan langsaikannya secepat yg mungkin.

  3. Jangan guna cc sekiranya x mampu menanggung kos pembelian anda berbanding pendapatan. Inilah penyakit orang kita sekarang anggap cc ini mcm duit percuma dan boleh sesuka hati berbelanja. Padahal cc ini merupakan satu jerat bank jika kita tidak bijak menggunakannya. Saya guna cc bila ada 'surplus' dan bertujuan relevan dengan pendapatan yang dapat setiap bulan. Jangan beli sesuatu yang tak dapat pulangan ataupun yang tiada 'added value' bagi pendapatan anda. Tambah lagi jgn guna credit card kalo setiap bulan anda sentiasa defisit. Sebaliknya cari alternatif untuk tambah pendapatan supaya ia boleh jadi surplus.

  4. Bayar card credit secara cepat & mudah di online banking. Misalnya saya guna cc Maybank Islamic Ikhwan boleh lihat statement online dan bayar dengan Maybank2u sahaja. Ini menjimatkan masa dari pergi ke ATM atau bank in malah anda boleh monitor pembayaran secara real-time tanpa menunggu statement yang dicetak dan dipos ke rumah.

  5. Rancang kewangan anda setiap masa dengan sistematik. Bagi orang yang sentiasa terlibat dalam bisnes sudah tentu perlu menyemak 'cash-flow' setiap masa supaya boleh forecast keadaan kewangan untuk merancang bisnes lebih baik. Saya selalu buat financial management dalam MS Excel dan MoneyDance. Oleh dengan itu kita boleh buat keputusan bijak jika perlu berbelanja dengan cc atau dengan cash. Guna cc dengan penuh bertanggungjawab, bukan ikut nafsu sebaliknya mengetahui risiko dan potensi yang boleh diraih dengan penggunaan yang betul.


Petua-petua tambahan yang boleh membantu :

  • Ingat, kad kredit bukan wang percuma
  • Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
  • Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
  • Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
  • Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
  • Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!

0 comments:

Post a Comment